• Fiqh Akhlak [Kuliah 13]

    Bab Keadilan & Kemaafan

    1. Perselisihan di kalangan manusia adalah untuk menguji hakikat manusia sebagai seorang hamba.

    2. Peristiwa penduduk Taif yang ditawan tentera Islam. Mereka ditawarkan oleh Rasulullah SAW untuk diberi kembali harta atau membebaskan tawanan. Setelah bermesyuarat yang panjang (dikatakan selama 10 hari), mereka memutuskan memilih untuk membebaskan tawanan, Rasulullah SAW turut memberikan kembali harta-harta mereka. Indahnya akhlak Rasulullah SAW sehingga mereka terpikat untuk memeluk Islam.

    3. Kisah Hatib ibn Abi Balta'ah. Diberi peluang oleh Rasulullah SAW untuk membela diri apabila suratnya kepada penduduk Quraisy Mekkah. Walaupun surat itu membuatkan rahsia ketenteraan Islam untuk menyerang Mekkah terbongkar, namun Rasulullah SAW memberi keadilan kepada pesalah untuk membela diri dan Hatib telah diampunkan oleh Rasulullah SAW.

    4. Sempat bertanya isu bagaimana cara paling tepat jika tidak sempat untuk memohon maaf kepada orang yang telah meninggal dunia. Intipati jawapannya berkisarkan tentang memohon maaf kepada waris si mati. Sekiranya telah berusaha dan waris juga tidak memaafkan, maka seterusnya pohonlah kemaafan kepada Allah. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Wallahualam.
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.