• Hadir Seminar Solat 2.0


    1. Bersama isteri menghadiri seminar solat 2.0 di Kompleks Kementerian Dalam Negeri.

    2. Wacana ilmu yang amat bermanfaat.

    3. Sedikit nasihat dan pandangan buat penganjur, sekiranya ada lagi penganjuran program seperti ini, adalah diharapkan agar pihak penganjur memilih soalan-soalan yang berkaitan dengan topik yang dibahaskan pada ketika itu.

    4. Seminar ini adalah sambungan daripada seminar pertama yang pernah dianjurkan satu masa dahulu. Maka, sudah pasti ada peserta-peserta daripada sesi dahulu berkemungkinan akan hadir untuk program sambungannya ini.

    5. Seminar kali ini adalah berkisarkan tentang rukhsah dalam solat, topik jama' dan qasar, solat jemaah. Soalan-soalan yang diajukan kepada penceramah tidak berkisar tentang tajuk perbincangan. Soalan-soalan yang sepatutnya berada pada sesi seminar yang pertama dulu masih ada di seminar kali ini. Soalan-soalan tersebut telah banyak jawapannya di media-media sosial khasnya di Youtube. Malahan ada langsung yang tak berkenaan dengan topik perbincangan.

    6. Adalah dirasakan tidak adil apabila soalan-soalan yang berkaitan langsung dengan topik seminar tidak sempat ditanya dan dijawab kerana buang masa menjawab isu yang tiada kaitan. Maka saya rasakan tujuan program tidak sampai keseluruhannya.

    7. Sebagai contoh, soalan saya berkenaan dengan makmum yang qasar dan masuk ke dalam jemaah solat tamam pada rakaat ke 3, langsung tak sempat ditanya kerana penceramah sibuk menjelaskan dengan panjang lebar mengenai isu batal wuduk apabila sentuh suami isteri! Sedangkan cukup banyak perbahasan isu tersebut di laman Youtube.

    8. Saya tidaklah berkecil hati kerana soalan-soalan saya tidak dibacakan. Ini kerana dalam 10 soalan berkaitan topik seminar yang saya berikan, pengerusi masih sempat membaca 2 soalan. Tapi saya merasakan masih ramai lagi peserta yang seperti saya, yang bertanya dan ingin penjelasan tentang isu-isu yang berkaitan dengan tajuk seminar.

    9. Teguran saya buat pihak pengurusan seminar, bersikap adillah.

    10. Semoga seminar ini akan ada lagi sambungannya dan sekiranya ada, insyaAllah akan saya sertai lagi.

    Wallahualam
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.