• Isteriku Jadi Pelajar Semula


    1. Isteri aku daftar sebagai pelajar siswazah hari ini di UKM Bangi.

    2. Agak pelik juga rasa dalam hati. Daftar di Bangi, tapi taklimatnya di HUKM Cheras. Tak kah menyusahkan begitu? Orang yang ada kemudahan kenderaan, tak rasalah sangat. Orang yang tak ada kemudahan kenderaan macam mana? Agak tak mesra pelanggan sikit perancangannya. Tapi tak apa lah. Sebab tu orang tu dapat sambung master. Apa ada hal pasal masalah pengangkutan. Kalau masalah itu pun tak dapat nak atasi, baik tak payah masuk master kan?

    3. Dewan Gemilang, UKM. Nostalgia di sini tak banyak semasa aku belajar di sini dahulu. Tempat ini hanya menjadi gelanggang pertarungan badminton, tempat lepak tengok pesta konvokesyen dan pameran-pameran lain.

    4. Namun begitu, rasa bangga terhadap isteri dan ironi juga, suaminya dulu belajar di UKM. Sekarang dia pula yang belajar di situ.

    5. Dan bila aku lihat keadaan dalam dewan semasa proses pendaftaran sedang berlangsung, aku terfikir satu perkara. 

    6. Mungkin masa macam ini lah antara yang paling best untuk urusetia-urusetia pendaftaran yang terlibat termasuk para pegawai keselamatan yang mungkin tahap pendidikannya taklah sampai setaraf atau lagi hebat daripada calon-calon siswazah ini. Sebab?

    7. Sebab masa beginilah, mereka-mereka yang tinggi tahap pendidikannya akan mengikut telunjuk dan arahan urusetia-urusetia dan semua yang terlibat yang aku maksudkan tadi. 

    8. Apa-apa pun, tahniah buat adindaku. Semoga belajar dengan tekun dan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pengajian kali ini. InsyaAllah. Kanda doakan.


  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.