• Usah Seronok Sangat


    1. Malam semalam aku turun ke pool apartment dengan isteri lepas Isyak. Jangkaan aku bahawa tak ramai orang akan mandi malam meleset sebab ada sekumpulan anak muda Melayu sedang mandi juga. Tak apa, aku dan isteri masuk berenang juga.

    2. Cuma, biasalah anak muda remaja, apabila mandi ramai-ramai dengan kawan-kawan, seronoknya lain macam. Menjerit-jerit, terjun-terjun, bak kolam itu mereka sahaja yang punya.

    3. Apabila ada perempuan berjalan seorang diri melintas pool untuk pergi ke blok, mereka akan bersiul-siul dan mengusik nakal kepada wanita-wanita yang melintas.

    4. Jadi aku mula terfikir, apa seronoknya mereka melakukan hal-hal sebegitu?

    5. Pertama, isu berendam bising-bising, seronok yang melampau-lampau. Bagi aku, usahlah seronok sangat. Sebabnya, hormatilah pengguna-pengguna pool yang lain. Sebabnya satu lagi, sentiasa lah ingatkan mati. Jangan seronok-seronok sangat, mati tu tak kenal masa dan tempat. Remaja pun remaja lah juga. Aku pun pernah melalui zaman itu tapi aku tak suka seronok sampai tak ingat dunia. Cuba ingat mati sikit.

    5. Kedua, apa nak seronok sangat bersiul-siul dan mengusik perempuan yang lalu lalang di situ? Bagi aku, itu adalah perbuatan yang langsung tidak menghormati wanita. Mengapa? Mudah sahaja. Wanita itu mungkin adik, anak, isteri kepada seseorang. Apa perasaan ibu bapanya, abangnya, suaminya kalau mengetahui wanita tersebut diusik sebegitu?

    6. Aku kira, kalau isteri aku turun seorang diri mandi di pool tanpa aku teman semalam, pasti isteri aku pun akan jadi bahan usikan dan gangguan mereka. Masa aku ada semalam pun mereka dah perhati, inikan pula kalau aku tak ada. Maka dengan itu, semalam aku cakap dengan isteri aku, jangan turun pool seorang diri. Aku ada baru boleh.

    7. Mungkin anak-anak muda yang bersiul mengusik ni langsung tak kisah sekiranya adik perempuan mereka, kakak mereka, isteri mereka diperlakukan sedemikian. Mungkin. Tapi aku pasti, kalau yang diusik itu ada ikatan kekeluargaan dengan mereka, mereka pasti melenting. Sebab itu pada aku, sebelum buat sesuatu, fikirlah dalam-dalam. Ini salah satu contoh aspek pemikiran dalam-dalam.

  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.