• Fiqh Akhlak [Kuliah 12]


    Alhamdulillah selesai kuliah.
    Masuk bab baru hari ini.

    Akhlak Melakukan Kebaikan dan Memaafkan.

    Antara intipati yang diperolehi :
    1. Walaupun Abu Jahal terkenal dengan sikap provokasi terhadap Rasulullah SAW, namun baginda tetap tidak membalasnya dengan perkara buruk.

    2.  Kuliah Imam Syafie mempunyai sangat ramai pelajar. Ada yang datang ke kuliah semata-mata hanya mahu melihat akhlak beliau. (Siyar A'lam An-Nubala)

    3. Sedekah adalah antara amalan yang dirasakan manis hanya apabila semasa melakukannya.

    4. Diam itu tanda redha. Redha dinilai kepada perbuatan. Sekiranya setelah memaafkan seseorang tetapi ada masanya kita masih lagi bercakap-cakap mengenai hal tersebut, sebenarnya dia masih belum redha.

    5. Nabi Yusuf a.s memaafkan kesalahan adik beradiknya dengan penuh ikhlas.

    6. Kisah Nabi Yusuf menjadi iktibar dan semangat kepada Rasulullah pada tahun kesedihan.

    7. Antara contoh su'ul akhlak - meninggi-ninggikan suara tanpa keperluan.

    Sesi Q&A:
    S1 - Adakah penceramah agama yang sering menjerkah dalam kuliah agama boleh dianggap mempunyai Su'ul Akhlak walaupun dia mengatakan itu merupakan sifat azali beliau?
    J1 - Bergantung kepada skop yang dibicarakan. Namun dari segi prinsip dakwah sunnah, lebih menepati sunnah jika tidak meninggi suara pada tempat yang tidak perlu.

    S2 - Adakah konsep 'tarbiyah sentap' seperti menyindir-nyindir ada dalam metod dakwah sunnah?
    J2 - Wallahualam. Tidak tahu tentang fenomena 'tarbiyah sentap'.

    S3 - Adakah dibolehkan mengungkit kepada orang yang lupa diri?
    J3 - Secara asalnya, al-mannan (ungkit) tidak dibenarkan dalam Islam. Namun sekiranya cara itu sahaja yang tinggal untuk menyedarkan orang yang telah lupa diri dan sombong, dibolehkan.

    Moga bermanfaat.
    Wallahualam.





    Gambar-gambar adalah ihsan daripada Facebook Baitussalam.



  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.