• Syarah Aqidah Thahawiyah [Kuliah 14]


    1. Ayat al-Quran adalah komunikasi antara Allah dan hamba (manusia) yang bersifat khabar, iaitu ayat-ayat berbentuk memberitahu atau memberitakan; dan berbentuk insya', iaitu perintah dan arahan.

    2. Adalah menjadi tanggungjawab manusia sebagai hamba-Nya untuk isbat (percaya) untuk ayat khabar dan taat untuk ayat perintah dan arahan.

    3. Sifat-sifat orang munafik yang tiga itu membawa kepada satu maksud yang sama; TIPU.
    - bercakap bohong - (penipuan dalam perkataan)
    - mungkir janji - (penipuan dalam hati. Dia tahu dia tak dapat memenuhi janji namun masih berjanji)
    - mengkhianati amanah - (penipuan dalam sikap & perlakuan)

    4. Mengapa Salafi bersikap syadid terhadap tauhid ilmu kalam :
    berdasarkan ayat surah al-Fatihah:

    "Alhamdu lillaahi Robbil 'Aalamin."

    4a) maksud dan penafsiran 'Alam' dalam kalimah 'al 'Aalamin' merangkumi 2 jenis alam:
        - Alam al-Ghaib (tak nampak)
        - Alam as-Syahadah (nyata)

    4b) Dalam alam al-Ghaib, Allah memerintahkan manusia untuk terima dan percaya apa yang telah disampaikan melalui Al-Quran dan pengetahuan yang diberikan kepada Rasulullah SAW mengenai alam al-Ghaib. Akal manusia tidak mampu untuk memikirkan perkara-perkara di alam Ghaib sebagai contoh keadaan syurga dan neraka.

    4c) Dalam alam as-Syahadah, Allah menganjurkan manusia untuk menggunakan akal dengan semaksima mungkin. Kapasiti akal manusia hanya mampu di alam jenis ini.

    4d) Apabila pengetahuan tentang kedua-dua Alam ini dapat dipelajari dengan benar, ia akan membawa kepada mengenal penciptanya iaitu dalam kalimah 'Robb' iaitu Allah.

    4e) Apabila akal yang terhad dan hanya perlu digunakan di alam as-Syahadah digunakan pula untuk memikirkan tentang alam al-Ghaib yang sememangnya tidak akan mampu difikir oleh manusia, malah telah digunakan pula untuk mengenal 'Robb' (seperti melangkau satu langkah, sepatutnya selesaikan dahulu ilmu 'al-'Aalamin'), maka lahirlah pemikiran tauhid daripada ahli kalam.

    4f) Sebagai contoh, lahirlah Sifat 20 yang sifat-sifat itu berada di alam as-Syahadah. Sedangkan tuntutan sebenar dalam mengenal Allah adalah secara isbat (percaya) terhadap apa yang telah diberitakan, nafi terhadap segala yang mustahil bagi Allah, dan tidak mem'bagaimana'kan Allah.

    5. Secara praktikalnya, tauhid dikategorikan dalam 2 sifat iaitu sifat 'Ilmi (mengetahui) iaitu pada rububiyah dan asma wa sifat; dan sifat tuntutan iaitu pada tauhid uluhiyyah.

    6. Surah az-Zumar, surah al-anam, surah al-Ikhlas adalah antara surah-surah yang banyak membincangkan perkara tauhid.




    * Gambar-gambar adalah ihsan daripada Facebook Baitussalam
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.