• LRT Rosak 2 Hari!



    1. Pada 8 & 9 September 2016 baru-baru ini, LRT mengalami kerosakan yang menyebabkan kesusahan kepada pengguna kemudahan awam tersebut.

    2. LRT menjadi bahan ejekan dan troll daripada sebahagian pihak akibat daripada insiden yang siapa pun tak ingini.

    3. LRT juga menjadi bahan makian pengguna-pengguna yang terkesan dengan kejadian tersebut.

    4. Aku juga pernah menjadi pengguna tegar pengangkutan awam seperti KTM komuter dan LRT. Aku sangat berterima kasih kepada semua kakitangan yang bertugas dalam menyediakan perkhidmatan ini kepada masyarakat. Aku mungkin antara pengguna yang tak complaint atau mengeluh dengan perkhidmatan ini.

    5. Pendapat aku mengenai peristiwa kerosakan ini sangat mudah. Matematik aku adalah seperti berikut. Katakanlah dalam 100 kali train LRT/Komuter bawa aku pergi ke destinasi yang aku kehendaki, rasionalkah aku untuk kutuk, marah, troll, perli perkhidmatan ini bila hanya 2 kali sahaja ia bermasalah? Kesilapan atau kelemahan yang sedikit, telah menutupi kecemerlangan yang banyak. Bagi aku, itu tak rasional.

    6. Pada aku, orang yang complaint, marah, atau kutuk ini tak sedar diri yang mereka itu pun manusia. Mereka juga pasti merasakan sekiranya perkara yang sama berlaku dalam hidup mereka. Mereka dah berkhidmat, berjasa dan buat perkara betul sepanjang hidup mereka, namun apabila mereka melakukan sedikit kesalahan, maka mereka diadili bak melakukan jenayah besar sepanjang hidup mereka.

    7. Namun, itulah sikap manusia. Keburukan sentiasa mengaburi kebaikan. Aku bersikap rasional. Servis pengangkutan awam khususnya sistem aliran ringan kita hanya baru berusia lebih kurang 20 tahun. Tak adil kalau nak dibandingkan dengan negara yang telah berpuluh-puluh tahun berpengalaman dalam sistem ini. Ruang penambah baikan itu masih luas. Usahlah kerap memandang ke atas, memandang negara maju. Pandanglah ke bawah. Baru kita akan rasa bersyukur.

    8. Tak dinafikan, pihak LRT memang perlu kepada penambahbaikan. Mereka sentiasa ingin melakukan yang terbaik dalam perkhidmatan mereka. Maka, bersangka baiklah.

    9. Wahai warga kota, susah sangatkah untuk kita punyai sifat sabar?
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.