• Palsu! Surah Al Ikhlas di Sayap Malaikat



    Yang disebarkan :

    1. Rasulullah SAW pada suatu ketika bersabda,

    ”Demi Allah yang jiwa ku didalam genggaman-Nya, sesungguhnya QUL HUWALLAHU AHAD itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, ALLAHHUS SOMAD itu tertulis disayap malaikat Mikail a.s, LAMYALID WALAM YUULAD tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

    2. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda, 

    "Ketika aku isra’ ke langit, aku melihat Arasy di atas 360,000 pilar dan jarak jauh antara satu pilar ke satu pilar yang lain ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap pilar itu terdapat padang pasir yang jumlahnya 12,000, dan luasnya setiap satu padang itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka,  ”Wahai Tuhan kami, sesungguhnya
    pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik lelaki mau pun perempuan".

    3. Riwayat Anas bin Malik juga merakam kisah berkaitan surah Al-Ikhlas.

    Suatu ketika 70.000 malaikat diutus datang kepada seorang sahabat di Madinah yang meninggal. Kedatangan para malaikat itu hingga meredupkan cahaya matahari. 70,000 malaikat itu diutus hanya kerana arwah sering membaca surah ini. Anas bin Malik yang saat itu bersama Nabi Muhammad SAW di Tabuk merasakan cahaya matahari redup tidak seperti biasanya dan malaikat Jibril datang kepada Nabi untuk memberitakan kejadian yang sedang terjadi di Madinah.

    4. Rasulullah S.A.W bersabda,

    "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka tubuhnya tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
    siratul mustaqim lalu menuju ke syurga".
    (HR Qurthuby).


    Yang sebenarnya :

    في كتاب كنز العمال في سنن الأقوال والأفعال برقم 47/44 جـ16صـ53-54. ولكنه غير معزو إلى كتاب من كتب السنة وليس له إسناد؛ بل جاء بهذا اللفظ: قال الشيخ جلال الدين السيوطي رحمه الله تعالى: وجدت بخط الشيخ شمس الدين بن القماح في مجموع له عن أبي العباس المستغفري قال: قصدت مصر أريد طلب العلم من الإمام أبي حامد المصري والتمست منه حديث خالد بن الوليد فأمرني بصوم سنة، ثم عاودته في ذلك فأخبرني بإسناده عن مشايخه إلى خالد بن الوليد قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم، فقال: إني سائلك عما في الدنيا والآخرة،

    (kitab Kanz al-Ummal Jld 16, ia tiada sanad, kata Imam Syuyuti, dari Abul Abbas al-Mustaghfiri dari Imam Abi Hamid al-Misyri)


    1- Telah tersebar suatu hadis palsu di Internet berbunyi:

    "Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

    2. Hadis palsu ini diriwayatkan di dalam kitab sufi yang ditulis oleh As-Sayyid Muhammad Haqqiy An-Naziliy halaman 162 dalam suatu hadis yang panjang berkenaan isra’ mi`raj.

    3. Tiada Imam hadis ahli s-sunnah yang meriwayatkan hadis seperti di atas.

    4. Tiada juga sebarang hadis sahih yang menceritakan tentang nama mala’ikat `Izra’il.

    5. Tiada juga sebarang hadis sahih yang menceritakan tentang tulisan di atas sayap mala’ikat.

    6. Menyebarkan hadis palsu ini ialah suatu pendustaan ke atas Nabi.

    Wallahualam.
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.