• Bebal At Its Best



    1. Hari ini harga minyak petrol dan diesel naik 15 sen.

    2. Seperti dijangka, pembelian panik telah pun berlaku semalam. Ramai yang 'borong' isi minyak. Itu antara satu perkara yang aku tak berapa nak hadam sangat kenapa orang buat. Adakah dengan mengisi minyak penuh-penuh sebelum dia naik harga akan membuatkan kenderaan mereka sentiasa dipenuhi petrol sepanjang bulan yang akan datang? 

    Zombies Eat Brains & I Think They're Safe.

    3. Seperti dijangka juga, ramai yang akan marahkan kerajaan lepas itu buat perbandingan dengan harga minyak dunia yang semakin turun tapi harga minyak dalam negara naik. Aku tak tahu nak kata mereka bodoh atau sengaja buat-buat bodoh. Minyak mentah dan minyak tapis pun tak pandai nak beza kah? 

    Zombies Eat Brains & I Think They're Safe.

    4. Lepas itu adalah seorang ini kononnya pendebat terhebat di Asia Tenggara nama Syed Saddiq, yang mengkritik kerajaan naikkan harga minyak lepas kerajaan Selangor bentangkan bajet yang katanya 'pro rakyat'. Mungkin dia nak kata yang kerajaan cuba untuk sabotaj bajet tersebut. Adikku Syed Saddiq, yang kerajaan Selangor buat pembentangan bajet a day before new month apa hal? Dah tahu setiap hujung bulan, harga minyak akan dikira semula, yang pi buat pembentangan bajet masa tu sapa suruh? 

    Zombies Eat Brains & I Think You Are Safe.

    5. Aku ada satu grup whatsapp yang nama grup tu kononnya untuk kumpulan 'jemaah surau' komuniti taman aku ni. Sejak umum naik harga petrol semalam, pelbagai ejekan dan unsur-unsur sarkastik yang mereka post dalam grup tu. Membuatkan aku terfikir. Adalah sangat contradict, dengan nama grup itu 'jemaah surau...' dan orang-orang dalamnya itu memang kerap berjemaah di surau. Tapi dalam whatsapp, perangai masing-masing macam orang tak pernah sembahyang. Setakat hidup dalam 31 tahun ini, aku tak pernah jumpa ayat al Quran atau sumber hadis yang membenarkan kita mengejek orang. Mungkin mereka ada jumpa sebab mereka-mereka ini semua lebih tua daripada aku. Aku ambil langkah diam dan malas nak menegur. Nanti dikata biadap pula, dan mungkin dipulau. Sebab dah ada pengalaman kan dulu.

    Zombies Eat Brains & I Think They're Safe.
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.