• Pindah Masuk Barang


    Alhamdulillah.

    1. Hari ini, selesai pindah barang-barang besar masuk ke dalam rumah sewa di Cheras.

    2. Acara pindah barang ni sebenarnya bermula sejak daripada malam semalam lagi. Lepas habis kerja, terus pecut ke Seremban, untuk ambil peti sejuk, mesin basuh dan beberapa barang-barang kecil. Masa ini, Datuk Lee Chong Wei dah kalahkan Lin Dan dalam badminton semi final Olimpik.

    3. Lori kemudiannya pergi ke rumah aku di Senawang pula.angkut katil dan barang-barang lain yang selebihnya. Rehat kejap di rumah kemudian dalam pukul 2 pagi, gerak semula ke KL. Sebab budak-budak ofis yang nak tolong angkat barang akan berkumpul di ofis.

    4. Sabtu pukul 10 pagi dah mula angkat naik ke apartmen. Alhamdulillah dalam sejam lebih, semua dah selesai. Hanya tinggal nak susun sahaja.

    5. Bila dah selesai semua, melantak lah KFC seperti yang aku dah bagitahu budak-budak aku akan upah yang mereka akan dapat.

    6. Terima kasih semua yang membantu. Moga Allah murahkan rezeki kalian dan memberikan kesejahteraan dalam hidup.






  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.