• Syarah Aqidah Thahawiyah [Kuliah 15]


    1. Kelas malam ini, lain macam sikit. Pertama, bilangan hadirin bertambah ramai. Kedua, aku dapat bawa isteri datang ke kuliah mingguan ni. Girang.

    2. Kupasan isu kuliah malam ni agak menarik. Buat julung kalinya aku lebih memahami maksud "Syahida Allah..." dalam ayat surah ali-Imran ayat 18-19 yang menjadi tunjang perbincangan sesi kuliah kali ini.

    3. Syahida yang membawa maksud persaksian. Untuk menjadi saksi, seseorang perlu nampak, dengar dan merasai.

    4. Apabila kita mengungkapkan 2 kalimah syahadah, terkandung juga dalamnya perkataan syahida yang menuntut kita bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruhnya. Namun begitu, bagaimanakah kita dapat menjadi saksi sedangkan 3 syarat menjadi saksi itu tidak mampu kita penuhi?

    5. Bagaimana pula Allah menisbahkan dirinya 'menjadi saksi' juga dalam ayat "syahida Allah.." tadi?

    6. Salaf menerangkan dengan lebih jelas maksud syahida yakni persaksian iaitu merangkumi maksud penghakiman, pemberitahuan, penjelasan, berita dan hukum.

    7. Syahida (persaksian) mempunyai 4 tahap : a) tahu & yakin kebenaran dan percaya terhadap apa yang dipersaksikan.

    b) menuturkan atau menuliskan walaupun orang lain tidak mendengarnya.

    c) memberitahu dan menjelaskan kepada orang lain terhadap apa yang dipersaksikan.

    d) menyuruh dan mewajibkan dirinya dengan apa yang dipersaksikan.

    8. Orang yang bersaksi atas perkara yang dia ketahui = dia mengetahui

    9. Orang yang bersaksi atas perkara yang dia tak tahu = itu adalah pembohongan.

    Wallahualam




    Gambar-gambar ihsan dari Facebook Baitussalam
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.