• Takziah Keluarga Adik Mohammad Haikal Helme


    1. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Salam takziah buat keluarga arwah adik Haikal (ya..kebetulan namanya sama dengan nama aku) atas tragedi yang menimpanya semalam.

    2. Macam-macam perasaan aku ada bila menyaksikan rakaman CCTV sekolah saat arwah dirempuh lori. Marah dan hairan bercampur-baur.

    3. Marah itu sememangnya pasti aku tujukan kepada pemandu lori. Itu adalah kawasan sekolah. Umum tahu kawasan sekolah ada had laju tertentu iaitu maksimum hanya 30km/j. Maka aku hairan, daripada mana pemandu lori dapat lesen kalau pengetahuan seasas itu pun dia tak tahu.

    4. Ada juga netizen yang menyalahkan pengawal lalu lintas. Tapi bagi aku, atas kertas pengawal itu tiada apa-apa kesalahan. Soal dia bekerja sambil lewa atau tidak, masih lagi tiada apa sangat yang boleh disalahkan atas kejadian tersebut.

    5. Kalau nak disalahkan pihak berkuasa tempatan kerana ketiadaan bonggol jalan di kawasan tersebut, aku pun tak berapa setuju. Ketiadaan bonggol jalan bukanlah lesen besar kepada pemandu kenderaan di situ untuk press atau pulas minyak sehabis-habisnya. Masih lagi berbalik kepada pengetahuan asas iaitu had laju kawasan sekolah. Ada atau tiada bonggol, pemandu kenderaan mesti...aku ulangi...mesti bawa kelajuan bawah 30 km/j.

    6. Namun, tragedi ini memberi iktibar dan pengajaran kepada aku sekiranya aku ada anak untuk dihantar ke sekolah nanti. Aku akan usaha untuk beringat, kalau nak hantar anak, biarlah aku susah sedikit asalkan anak aku diturunkan betul-betul depan pagar sekolah. Aku akan berusaha untuk mengurangkan apa jua risiko yang mungkin ditempuhi oleh anak aku nanti.

    7. Buat keluarga arwah, aku doakan semoga bertabah atas dugaan ini. InsyaAllah, arwah adik Haikal ditempatkan Allah di kalangan golongan-golongan yang dijanjikan syurga hendaknya. Dan buat ibu bapa dan adik beradiknya yang tabah dan sabar, juga dijanjikan syurga. Wallahualam.

    8. Semoga peristiwa yang menyayat hati ini dapat memberi kesedaran kepada pengguna-pengguna di luar sana yang masih bodoh tentang had laju di kawasan sekolah dan kawasan-kawasan lain dapat jadi cerdik.
  • You might also like

    No comments:

    Post a Comment

Powered by Blogger.