• Man Utd [4 - 1] Leicester City



    1. Akhirnya menang juga. Ditambah lagi...dengan bergaya. Ditambah lagi dengan menang ke atas pasukan juara liga musim lepas.

    2. Agak ironi apabila Rooney direhatkan, pasukan dapat main dengan cemerlang dan menjaringkan 4 gol. Mungkin benar Rooney sudah hilang sengatnya, mungkin juga tidak. Mungkin juga hanya kebetulan. Apa-apa pun aku masih hormat kepada Rooney dan harap dia menyamai dan mengatasi rekod Sir Bobby Charlton dalam zaman aku.

    3. Herrera lebih baik daripada Fellaini dari aspek work rate dan pressing. Gandingan dengan Pogba di kawasan tengah pada perlawanan ini memang menghasilkan sesuatu yang mengagumkan.

    4. Barisan pertahanan pun menghampiri kesempurnaan apabila Blind diletakkan sebagai Left Back, berbanding Luke Shaw dan Marcos Rojo. Mungkin Luke Shaw perlu lebih masa untuk kembali kepada prestasinya yang lama.

    5. Aku rasa mungkin inilah barisan yang akan dikekalkan oleh Mourinho dan tukar seorang dua bergantung kepada penggiliran, tahap kecergasan dan taktikal.

    6. Perlawanan seterusnya adalah di Old Trafford untuk saingan Europa League. Harap kecemerlangan seperti ini dapat diteruskan. Glory Glory Man Utd!






You might also like

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.